Khamis, 29 Ogos 2013

KURSUS INDUKSI ANGGOTA BARU ANGKASA ZON TENGAH

1. Kursus Induksi akan diadakan seperti di bawah :

Tarikh : 21 -22 September 2013

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang ( Pendaftaran Peserta )

Tempat : Hotel Seri Malaysia Genting Highlands.

( Aturcara sila rujuk setiausaha )

2. 3 Ahli Lembaga Koperasi ( termasuk pengerusi ) dijemput untuk hadir ke kursus induksi tersebut.

3. Ahli Lembaga Koperasi yang berminat hadir sila sah kehadiran kepada setiausaha secepat mungkin.

Sekian, harap maklum.

Setiausaha Koperasi

Isnin, 26 Ogos 2013

PROGRAM BICARA PROFESIONAL

Info Koperasi :

Jemputan Menghadiri Program Bicara Profesional Anjuran Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( INFOTEC ) Maktab Koperasi Malaysia.

Tajuk : CLOUD COMPUTING : REVOLUSI PENGKOMPUTERAN MASA KINI
Tarikh : 26 September 2013 ( Khamis )
Masa : 9.30pm - 1pm
Tempat : Hotel Prescott Metro Inn, Kajang, Selangor
Yuran Penyertaan : Percuma ( Sarapan dan Makan Tengahari disediakan )

Kepada Ahli Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Anggota Koperasi yang berminat hadir sila hubungi setiausaha di 016-211 4025.

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 23 Ogos 2013

PERJUMPAAN DENGAN CEO GOCELL INTERNATIONAL

Info Koperasi :

Seisi pertemuan dengan CEO GOCELL International En Khairul Hafizi Mohd Hassan di Pejabat Urusan GOCELL International pada jam 11 pagi tadi. Koperasi diwakili oleh En Azhar dan Pn Jorah. En Khairul Hafizi merupakan graduan UiTM Cawangan Melaka. Beliau menyokong dan amat positif untuk membantu aktiviti koperasi.
 

Jumaat, 16 Ogos 2013

SEISI PERBINCANGAN BERSAMA REKTOR, TIMB REKTOR PUSAT JARINGAN INDUSTRI & ALUMNI DAN UNIT PERHUBUNGAN ALUMNI UiTM MELAKA

Info Koperasi :
Seisi perbincangan wakil koperasi En Norman, En Tajuddin, Pn Jorah, En Azhar dan En Lokman bersama Rektor ,Timb Rektor Pusat Jaringan Industri dan Alumni UiTM Melaka dan Unit Perhubungan Alumni yang telah diadakan pada 16/8/2013 dari jam 9.30am - 12.30 tengahari di UiTM Melaka. In sha allah pihak koperasi akan memberi kerjasama bagi menjayakan progran anjuran Unit Perhubungan Alumni UiTM Melaka.

Khamis, 15 Ogos 2013

SEISI PERBINCANGAN DENGAN UNIT PERHUBUNGAN ALUMNI UiTM MELAKA

Info Koperasi :

Atas jemputan Unit Perhubungan Alumni UiTM Melaka satu seisi perbincangan akan diadakan seperti di bawah :

Tarikh : 16hb Ogos 2013
Hari : Jumaat
Jam : 9 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibn Khaldun ( PJI ) UiTM Melaka

Topik perbincangan berkaitan Sambutan Ulang Tahun UiTM Melaka yang Ke 30 dan usaha membangunkan kampus dengan beberapa projek dalaman seperti :

1. Pembinaan Dataran Alumni
2. Pembinaan Surau di Blok KPP3
3. Penambah Baikan Masjid Al-Hikmah

Turut hadir dalam seisi perbincangan Rektor UiTM Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim dan Timbalan Rektor Pusat Jaringan Industri & Alumni Prof Madya Dr Roaimah Hj Omar.

Kepada Ahli Lembaga Koperasi yang telah mengesahkan kehadiran sila ambil perhatian.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Koperasi