Khamis, 4 Julai 2013

KURSUS WAJIB 1 - MESYUARAT BULANAN ALK DAN PEJABAT KOPERASI

Assalamualaikum Wbt

1. Seramai enam ( 6 ) peserta ALK telah menghadiri kursusu wajib. Bagi ALK dan Jawatankuasa Audit Dalaman 
( JAD ) yang belum mengisi borang kursus sila hubungi setiausaha secepat mungkin.

2. Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak , Mesyuarat ALK akan diadakan hanya sekiranya terdapat keperluan. Selain dari itu Mesyuarat akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri.

3. Pihak koperasi ada menerima beberapa kertas cadangan, walau bagaimana pun memandangkan ia terkeluar dari skop perniagaan koperasi maka terpaksa di bawa ke mesyuarat agung bagi mendapatkan kelulusan sekiranya ingin dijalankan.

4. Pejabat koperasi telah berpindah ke : NO 64 SUITE 5 , 2ND FLOOR JALAN NEGARA TAMAN MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR.

4. Fokus utama koperasi buat masa ini :

+ Mengutip modal saham dari anggota koperasi.
+ Menambah jumlah keanggotaan koperasi.
+ Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan perjalanan koperasi.
+ Perancangan masa depan koperasi.

Akhir kata pihak koperasi mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Yang Mulia Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua ALK . Semoga bulan Allah ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Sekian . terima kasih.

Setiausaha Koperasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan